20080926

Panggilan

Selamat pukul tiga-dua-puluh-pagi.

Lewat malam terima sms.

Tidur dah?
Belum.
Tunggu. Nak call.
Ok.

Saya pelik sekejap. Dia adik sepupu yang beza cuma satu tahun umurnya. Jarang sekali bercerita. Tidak tahu kenapa malam ini? Mungkin saya sepupu perempuan yang belum kahwin. Mungkin kan? hahaha.

Selepas empat minit, telefon berdering.

Nak cerita. Kenapa balik lambat sangat. Aku dah rasa macam nak terjun parit.
Setakat parit apa-lah sangat. Cerita apa?

Bermula kisah hati yang panjang. Iya, dia lelaki. Punya rasa dan jiwa yang hebat. Dulu mungkin saya tidak faham. Malam ini, Tuhan tunjuk saya satu cerita.

Saya tidak cerita perihal saya. Tapi dia bertanya kenapa saya menangis hiba.

Kisah dia mungkin seperti kisah-kisah lain. Tetapi hati dia masih mencari. Saya tanya apa yang dia cari dari perempuan.

Mahu gembira bersama. Adat-lah bergaduh. Sedang adik-beradik sendiri juga bertikam lidah. Ini pula anak orang. Tidak minta banyak tetapi terus berusaha menjadi dan menjaga hubungan. Tuhan, hati dia tulus.

Kemudian saya tanya. Apa dia lebih tertarik dengan perempuan yang lemah lembut, ayu, pandai mengada-ngada, manja dan lebih outspoken. Atau kamu lebih tertarik yang lemah lembut, kurang pandai mengada-ngada dan manja dan pandai seperti mak-mak kita. Sebab saya lihat golongan yang mengada-ngada tunjuk lebih menang dihati mereka. (iya, saya ini dingin)

Dia jawab, mahu perempuan yang boleh buat isteri. Bukan untuk mengada-ngada. Saya gelak besar. Dia kata lagi, sesuatu yang susah itu adalah setia. Saya angguk tanda setuju. Setia itu belum tentu diterima andai kita setia dengan semua karenah. Insan juga namanya kita kan? Sifatnya berubah-ubah. Namun saya pasti ada yang berdiri teguh tidak berubah-ubah.

Dia tahu dia banyak kekurangan. Tapi boleh bersama sama saling tolong menolong. Saya jawab. Kalau satu pihak saja berusaha, kamu yang sakit. Dia jawab, disitu cubaan dan ujian. Terus mencuba dan berusaha boleh berjaya. Perjalanan hidup sebagai insan bertanggungjawab bermula. Kena kuat.

Panjang cerita dan soal jawab malam tadi. Satu pun tiada kisah saya yang lara ini. Berapa kali saya terpaksa membiar dia cakap sendirian. Muntah-an dan sesak nafas. Tapi saya cuba lawan sebab saya tahu hati dia sedang sakit.

Sekarang, saya sedu sendirian. Saya tidak tahu. Mungkin kerana dia lelaki, dia kuat. Saya masih bersedih dan entah bila masa pula akan gembira.

Tambahan dengan sakit-sakitan yang berpanjangan ini...

0 comments: